Assalamualaikum wbt..
Saya sangat-sangat rindukan dia di kala ini. Di kala dia sedang berdengkur nun di sana. Haihh T__T'
Yes, dia sangat kuat tidur. Maklumlah, orang kerja berat. :) Redha. Yang penting, dia ada inisiatif nak cari duit sendiri untuk _____ (isilah sendiri). Dan saya berbangga dengan dia. Saya tak pernah pandang rendah pada dia. Malah tinggi sebab dia ada niat utk ________-kan saya. Alhamdulillah. InsyaAllah, pilihan saya betul. Semoga ____ kami berpanjangan.
Di saat ini, saya pasti, kehadiran dia membuatkan hidup saya bahagia. Iye, saya bahagia. Dia tempat saya bergurau, mengadu, bermanja(takboleh lebih-lebih.haha), MAKAN dan ketawa sama-sama. Semenjak saya rasa kehilangan kawan-kawan disebabkan masing-masing sibuk dengan kerja, dialah segala-galanya buat saya! Semenjak saya _____ dgn yang dulu, dia jugaklah kembalikan senyuman saya. Walaupun saya mmg suka senyum. Haha. Perasan.
Tapi betul, masa praktikal dekat Subang dulu, gigih dia drive dari Bintang Walk sebab nak jumpa saya. Terharu habaq hang. Biasalah tengah bercinta mmg semua akan kuredahi. Haha. Tapi, InsyaAllah, Sopi saya bukan begitu orangnya, mudah-mudahan. Kalau marah, 5 saat cucuk-cucuk perut dia, terus dia senyum. HAHA. Tapi bila saya marah, 10 minit ke 30 minit cucuk-cucuk baru okei. Jahat sungguh! Ini tidak adil, tidak adil bagi Sopi. :p
Betul kata orang, bila sayang, semuanya pasal dia je nak cerita. Yang tak berapa nak hensem pun, jadi terlalu sempurna di mata kita. Tapi yang penting, saling menerima apa adanya. Kan? Amboi ayat tak boleh blah. Saya terima segala kekurangan dia, dan rasa-rasanya dia pun sama kot? kot lah? hiks
Kalau cerita kat orang mesti orang tak percaya yang kami selamba je kalau nak melepas angin dalam kereta, lepas je. Pernah haritu, tengah breakfast, biasalah pagi-pagi mmg hidung ai ni asyik nak selesema je. So, lap-lap dgn tisu. Pastu dia tanya apa kat tepi idung ai. Sekali ada ______ tercicir. Dengan selambanya jwb t__ h____. hahaha. Saya memang jadi seorang yang sangat terbuka dgn dia. Selalu kalau time cakap telefon, siap boleh suruh senyap sebab nak dgr bunyi k____. Memang kedengaran agak tidak senonoh, tapi sekurang-kurangnya saya suka sebab tak perlu nak hipokrit. Jadi diri sendiri, lebih mudah. Nanti kahwin, baru nak show off semua memang dah terlambat. It's too late to apologize la jawabnya. Haihh
Dah melalut jauh sangat kot ni, jam pun dah pukul 2. Sebenarnya tadi tengok cerita "7 Lagu". Disebabkan cerita itu agak psiko, makanya memang payah lah nak tidur. Cerita orang psiko lagi menakutkan dari cerita seram okay? huhu.
Siang tadi period pain sangat-sangat teruk. First time rasa macam tu. Sampai melarat ke malam. Ni pun ada rasa sakit-sakit lagi. Dulu ada problem period, Alhamdulillah, sekarang dah okay. Mudah-mudahan, okaylah. Siap bertungku bagai petang tadi. But end up, tidur je. Sbb rasa macam nak pengsan dah kot tadi. Haihh.
Okaylah, tidur sekarang. Esok nak kemas bilik dan siapkan sikit-sikit barang handmade. Tergendala siang tadi sbb kesakitan. Hehe.
Good night sayangs! Maaf kerana telah menghabiskan masa anda selama 5 minit mungkin? hikss
Midnight mumbling,
Allia tak cantik cuma cun sajeee. :p













